Total Pageviews

Wednesday 11 February 2015

Rangkaian Komputer

Rangkaian Berwayar

Rangkaian Kawasan Setempat (LAN) Rangkaian kawasan setempat (local area network-LAN)
adalah kumpulan komputer dan peranti rangkaian yang disambung bersama-sama biasanya di bangunan yang sama seperti rumah dan pejabat. Bentuk LAN yang paling mudah adalah dua buah komputer berhubung menerusi wayar.


Rangkaian Kawasan Setempat (Local Area Network-LAN)


Rangkaian Kawasan Luas (Wide Area Network-WAN)

Ia merupakan rangkaian komputer jarak jauh dan teknologi yang biasanya digunakan untuk 
menyambungkan komputer yang berada pada lokasi yang berbeza seperti (negeri,negara dan benua). 
WAN disambungkan melalui sistem telefon atau satelit. WAN yang paling besar dan terkenal ialah internet.


Rangkaian Kawasan Luas (Wide Area Network-WAN)

Rangkaian Tanpa Wayar


Rangkaian wayar dan tanpa wayar

Logo Wi-Fi

Wi-Fi (wireless fidelity) adalah satu set standard yang merujuk kepada Rangkaian Kawasan Setempat Tanpa Wayar yang menggunakan spesifikasi IEEE 802,11.

Kelebihan menggunakan Wi-Fi adalah seperti berikut:
  • Mudah:Anda boleh menyambungkan komputer di rumah atau sekolah tanpa wayar.Komputer             yang disambungkan ke rangkaian boleh berada sehingga 30 meter.
  • Kos:Rangkaian Tanpa Wayar mudah untuk dipasang dan tidak mahal.
Rangkaian tanpa wayar ialah perpindahan maklumat antara satu titik ke titik yang lain yang tidak berhubung
secara fizikal.Ia juga dalam jarak yang dekat, seperti beberapa meter atau jarak yang sangat jauh.

Penggunaan Wi-Fi adalah merujuk kepada sistem rangkaian pautan tanpa wayar yang menggunakan
menggunakan jalur lebar (broadband), titik capaian (access point) dan kad Wi-Fi yang diinstal di dalam
komputer bagi membolehkan pengguna berkongsi fail dan pencetak serta melayari internet sama seperti 
rangkaian LAN biasa.



SEKIAN,TERIMA KASIH... :)


No comments:

Post a Comment