Total Pageviews

Tuesday 3 March 2015

Internet..

Apa Itu Internet?

Perkataan Internet berasal dari gabungan perkataan inter dan network, iaitu inter-net atau antara rangkaian. Sebagai contoh 'international' bermakna antara negara-negara, 'interstate' bermakna antara negeri-negeri, 'interdepartment' bermakna antara cawangan-cawangan begitu juga Internet bermakna antara rangkaian-rangkaian komputer.



 


Internet adalah sebuah sistem komunikasi global yang menghubungkan komputer-komputer dan jaringan-jaringan komputer di seluruh dunia. Setiap komputer dan jaringan terhubung secara langsung mahu pun tidak langsung ke beberapa jalur utama yang disebut Internet Backbone dan dibezakan satu dengan yang lainnya menggunakan unique name yang biasa disebut dengan alamat IP 32 bit. Contoh: 202.155.4.230.


Takrif Protokol Rangkaian - Protokol adalah tata tertib yang perlu diikuti oleh dua pihak yang ingin berinteraksi di antara satu sama lain supaya interaksi dapat berjalan dengan lancar seperti yang dikehendaki. Oleh itu protokol rangkaian boleh di takrifkan sebagai protokol yang digunakan oleh komputer-komputer dan perkakasan-perkakasan yang terdapat dalam satu rangkaian untuk membolehkan komputer-komputer berkomunikasi dengan baik. Perkataan protokol rangkaian sering di gelar sebagai protokol komunikasi atau protokol sahaja.


Takrif Internet Dari Aspek Penggunaan - Internet adalah merupakan sebuah rangkaian komputer sajagat yang memberikan dua perkhidmatan utama, iaitu, komunikasi dan capaian maklumat.Jika di lihat dari aspek penggunaan, Internet boleh dikatakan sebagai sebuah rangkaian yang memberikan perkhidmatan komunikasi elektronik,capaian jauh, perkhidmatan fail, penyebaran maklumat, pencarian maklumat dan beberapa perkhidmatan yang lain. Daripada aplikasi-aplikasi inilah dibina berbagai jenis perkhidmatan Internet seperti perdagangan elektronik, perbankan elektronik, pengiklanan melalui Internet dan sebagainya.


   

Perkhidmatan Internet...

Apa yang boleh kita lakukan dengan Internet? Internet boleh didapati dimana-mana sahaja di seluruh pelosok Malaysia. Internet Wireless di Mc Donald, Starbucks dan juga KFC, Cyber Cafe yang menawarkan Internet dan juga TMNET yang menawarkan perkhidmatan Internet untuk kediaman atau lebih dikenali sebagai Streamyx.. Dan yang paling hampir dengan kita ialah telefon mudah alih yang boleh berhubung dengan Internet menggunakan perkhidmatan Celcom Broadband, Maxis Broadband ataupun Digi Broadband.Mendengar muzik dan juga menonton video tidak asing lagi di Internet,user boleh melayari laman web seperti http://www.youtube.com/. Menonton televisyen juga bukan sesuatu yang mustahil apabila Media Prima menyediakan perkhidmatan menonton episod drama di Internet melalui laman web http://www.tonton.com.my/.Dan apa yang paling penting ialah user dapat berkomunikasi dengan ahli keluarga dan juga rakan-rakan menggunakan laman web sosial seperti http://www.facebook.com/. Dengan laman web sosial, user boleh menghantar message, chatting dan juga berkongsi maklumat terkini tentang diri masing-masing.


Berkomunikasi

Selain daripada menggunakan web browser untuk melayari http://www.facebook.com/,user juga menggunakan client program seperti Yahoo, Mesengger dan Windows Mesengger untuk berhubung. Client program ini membolehkan user untuk berkongsi fail atau maklumat, panggilan video, panggilan suara dan berbincang(chat room). Client program ini juga boleh berhubung dengan rakan-rakan anda di seluruh dunia. Dengan itu, ianya adalah tidak mustahil untuk user terus berhubung dengan rakan-rakan di negara lain pada bila-bila masa. Client program seperti GMAIL dan YAHOO MAIL juga membolehkan user berkomunikasi menggunakan Internet.


Bekerja

Internet juga boleh menjadi sebagai salah satu cara untuk user bekerja. Dengan software seperti Remote Desktop,user dapat mengawal dan menggunakan komputer di tempat lain. Sebagai contoh user mengawal komputer peribadi di rumah hanya dari pejabat. Teknologi Telnet membenarkan user untuk menggunakan atau mengawal komputer ditempat lain dan jauh, menjalankan program, menggunakan datanya seolah-olah user berada dihadapan komputer tersebut. FTP (File Transfer Protocol) membenarkan user untuk download fail ataupun upload fail.


Belajar

Internet juga menjadi tempat untuk user belajar perkara-perkara baru. Laman web seperti http://www.w3schools.com/html/default.asp menawarkan maklumat berkaitan dengan bagaimana untuk user mempelajari HTML(membina laman web). User juga dapat belajar tentang tempat yang tidak pernah dilawati dengan hanya mencari maklumat tentang tempat tersebut menggunakan search engine untuk melihat gambar atau maklumat dapat merasai situasi yang sebenar.


Keselamatan

Internet boleh juga digunakan sebagai platform untuk keselamatan. Hardware seperti DLINK IP-Camera ataupun CCTV membenarkan user untuk melihat lokasi yang dipantau oleh kamera ini walaupun user berasa ditempat lain menggunakan Internet melalui web browser. Contoh dibincang didalam kelas.

Sunday 1 March 2015

Rangkaian Tanpa Wayar

RANGKAIAN TANPA WAYAR
Rangkaian tanpa wayar adalah salah satu cara untuk menyambungkan komputer-komputer dalam sebuah rangkaian. la membina sebuah rangkaian dengan menghantar isyarat frekuensi radio di antara komputer-komputer untuk berkongsi maklumat.